Home
Tahiyyah
SMKA YAKEN
My Self
ILTIZAM
Pelajaran
Laman Nurani
BMI

RIDHWAN ROSLI

SMKA YAKEN

SMKAY
smkay_lambang.jpg

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN
06900 YAN,KEDAH

Visi Sekolah


SMK. Agama Yan Terunggul di Kedah 2010

Misi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan akan berusaha untuk:

* Memperkasa pengurusan sekolah
* Memantapkan komitmen guru dan staf sokongan
* Melahirkan pelajar yang unggul dan berketrampilan dalam kurikulum dan kokurikulum
* Mewujudkan pelajar yang berakhlak mulia dan jati diri yang unggul
* Menyediakan prasarana sekolah yang lengkap, selamat, kondusif, dan ceria
* Membentuk kerjasama yang erat dengan komuniti setempat serta menjaga hubungan mesra dengan pelanggan.

Sejarah Sekolah :

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan mula dibuka pada 1 Januari 1997. Sekolah ini merupakan sekolah menengah kebangsaan agama ketiga di negeri Kedah selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling. Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah seluas 58 hektar dengan kadar perbelanjaan sebanyak RM17 juta. Kemudahan fizikalnya lengap dengan 4 bangunan sekolah 3 tingkat, 4 bangunan asrama 3 tingkat, sebuah dewan, sebuah suarau, bengkel KHB, 12 unit kuarter guru, 3 unit kuarter pentadbir, dan 6 unit rumah teres kakitangan sokongan.

Seramai 486 orang pelajar mula mendaftar pada 5 januari 1997 yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1,2,3 dan 4. Pelajar tingkatan 1 dipilih di kalangan murid sekolah rendah di seluruh negeri Kedah yang mendapat 4A dalam UPSR. Sementara pelajar tingkatan 2 dan 3 pula merupakan pelajar terpilih dari sekolah-sekolah aliran agama di sekolah biasa Manakala pelajar tingkatan 4 pula dipilih di kalangan mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR di sekolah menengah harian aliran agama dan sekolah menengah agama rakyat.

Selepas beroperasi pada 1 Januari 1998, pentadbiran sekolah diterajui oleh Penolong Kanan sehinggalah pada bulan Mac 1997 apabila pengetua pertama , iaitu Puan Hindong binti Ali memulakan tugasnya di situ. Pengurusan sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah gred A ini dibantu oleh seorang Penolong Kanan, seorang Penolong Kanan HEM dan 4 orang Ketua Bidang. Sementara jumlah guru ialah seramai 30 0rang dan staf sokongan pula seramai 10 orang.

Lagu Sekolah


Berilmu, beramal, berjihad
Bertekad menempuh cabaran
Tegakkan ukhuwah
Menuju masa depan
Kecemerlangan idaman.
Seluruh warga SMKAY
Disiplin dipatuhi
Akhlak muslim sejati
Bersih ceria jadi
Amalan diri.
Guru-guru dihormati
Ibu bapa ditaati
Hidup sempurna dan harmoni
Berilmu, beramal, berjihad
Bertekad menempuh cabaran
Tegakkan ukhuwah
Menuju masa depan
Kecemerlangan idaman
Sekolahku
Khazanah ilmuku
Taman tarbiahku
Pencorak tamaddun ummahku
Sekolahku
Khazanah ilmuku
Taman tarbiahku
Pencorak tamadun ummahku
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan Kedah
Pastikan gemilang

Lencana Sekolah


Warna dan Takrif

Hijau
Melambangkan kemakmuran, iaitu pelajar-pelajar bertanggungjawab untuk memakmurkan negara pada masa hadapan berlandaskan ciri-ciri Islam.
Merah
Melambangkan semangat keberanian dan ketekunan penuntut dalam menimba ilmu pengetahuan.
Putih

Melambangkan kesucian dan ketulusan para pelajar menuntut ilmu
Kuning
Melambangkan kesetiaan dan ketaatan para pelajar kepada undang-undang sekolah dan juga negara. Hal ini disebabkan disiplin adalah tonggak kecemerlangan sekolah.

Struktur Komposisi dan Takrif

Berbentuk bulatan yang melengkungi bentuk bersusut lapan melambangkan kehidupan manusia atau pelajar yang berpaksikan Yang Maha Esa (Allah).
Bahagian tengah bentuk tabung uji yang dikelilingi oleh bentuk bulatan bersegi simbol teknologi dan saintifik .
Al-Quran di bahagian bawah melambangkan kepentingan ilmu keagamaan merentasi semua bidang ilmu.
Bentuk tangkai padi melambangkan Negeri Kedah yang kaya dan subur dengan hasil tanaman padi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

layari laman web SMKA Yaken

index1.jpg

Majulah sekolah untuk negeri !